Pages

July 23, 2015

Surah Ruqyah & Raya

Selamat Hari Raya 2015.


Raya pertama di KL rumah sendiri dan Raya ke2 balik Teloi uma tok suami. Merasa la kenangan zaman kecik-kecik masa masih ada Tok lagi tido ramai ramai kat hall. solat subuh riuh rendah sebab nak kejut semua bangkit solat dengan Q bilik ayaq hehehe Alhamdullilah saya sayang suami saya sangat :)

 (mana cantik? baru perasan suami i muka kakak sgt hahaha)


Masa nak balik hari ahad time tu mmg sesak. sampai dekat tol Behrang rasa ngantuk yg amat berhenti la dekat R&R mmg takde tempat, dpt tempat pun dekat tepi jalan susur keluar. masa tu dah jam 1:30 pagi.. kami kunci pintu dan tarik kerusi dan baring. tak risau la kami ada kad kuasa (kad kahwin hihi) aku masa tu layan mata kasi tidur tak boleh tidur pastu tetiba meremang jer rasa aku dah pk masa tu laa "awat ni baru raya ke 3 hantu dah start beroperasi ke". aku paling muka kat suami tiba-tiba suami aku pandang aku sambil ckp "sayang pasang surah ruqyah jap". OK aku dpt isyarat gitu maka paham laa maksudnya laki aku pun rasa perkara yang sama... lepas on surah ruqyah masing-masing dpt tidor lena dr jam 1:30 sampai terjaga jam 6pagi :P haha macam tidoq kat uma jaa haha dah sampai rumah laki aku cerita yang masa kat sana dia nampak ada budak kecik tak pakai selipar berlari ke arah jalan raya kemudian toleh kearah dia dan hilang....huhu apakah tu? Jadi pentingnya surah ruqyah ni sebenarnya dan dicampur lah dengan ayat2 yang kita sendiri baca bila berasa "sesuatu"..................


Sekian cerita raya saya... jgn ckp tah pape lagi tau.. renunglah kembali sikap kita selama ini. Usah terlampau-lampau dan melebih dan jadikanlah lidah yang Allah anugerahi ini, sebagai lidah yang sentiasa menyebut kebaikan, Sekiranya kita tidak mampu berkata perkara yang berfaedah, nyata diam itu lebih baik dari terus mengucapkan perkataan yang sia-sia. Saya yakin, kita mampu berubah bukan? Selagi ada usaha dan kemahuan. 



7 comments:

  1. fuh, dah 2 entri berturut-turut pasal hantu nih...

    ReplyDelete
  2. Selamat hari rayaa :)

    Mohon maaf lahir dan bathin

    ReplyDelete
  3. Makkk aiiiiii....keseramannya jelas terasa....grrrr

    Selamat Hari Raya juga :)

    ReplyDelete
  4. Seraam...benda2 halus ni ada je, sy suka suasana beraya di kampung..bab Q tu menggamit memori:D

    ReplyDelete
  5. Seraam...benda2 halus ni ada je, sy suka suasana beraya di kampung..bab Q tu menggamit memori:D

    ReplyDelete
  6. Seraam...benda2 halus ni ada je, sy suka suasana beraya di kampung..bab Q tu menggamit memori:D

    ReplyDelete